Aku BANGGA!

Assalamualaaikum.

Tengok tajuk. Macam poyo je kan. Memang Poyo pun.

Tapi sebelum fira nak mulakan ape-ape, fira nak bagitau post ni bukan untuk bangga diri atau pun riak. Poast ni untuk naikkan semangat diri sendiri masa suami outstation.

Kalau korang nak tau, 5 April 2014 hari tu, husband fira kena masuk hutan untuk UKMHK. Kalau nama panjang dia tak tau la ape pulak. Ada husband cakap hari tu, tapi tak pernah nak ingat. -.-' UKMHK ni lebih kurang macam UJIAN atau PERTANDINGAN antara unit la. Macam pertandingan kawad, menembak, berkayak dan macam-macam lagi la.

Jadi berbalik kepada tajuk tadi, husband kena lah masuk hutan. Kebetulan tarikh tu tarikh penting kot setiap bulan. Bukan tarikh anniversary ke apa, tapi tarikh tu tarikh nak bayar semua bil. macam fira, fira ni penakut sikit nak pergi bayar bil sorang-sorang. Kalau kat pejabat pos tu tak ade la risau sangat. Ni nak bayar duit kereta. Risau kot. Dah la perempuan. 

Kalau nak pergi beli barang dapur sorang-sorang sekarang pun da tak berani. Yela, da biasa berdua. (gedik giler je alasan tu). Biasa kalau berdua ada orang tolong perhatikan hand bag kite. (Yes, nampak sangat ko ni careless fira oi.)

Tapi kali ni berbeza sangat okay. Semua fira berani buat sorang-sorang. Pecah rekod okay. Da pandai berdikari sendiri. Alhamdulillah.

Kiranya, lepas ni fira da tak payah nak mengharap ape-ape kat sesiapa la. InshaaAllah, semua fira buat sendiri.




Dalam kesempatan ni, fira nak cakap banyak-banyak-banyak-banyak terima kasih dekat family terutama ibu dan ayah fira yang selalu suruh fira buat macam-macam. Camtu la parents nak ajar anak dia. Jangan Marah kat parents kita, kalau dia suruh kita buat macam-macam. Parents kite buat macam tu ade sebabnya. Kalau satu hari nanti parents kita tak ada, mesti kita tak tau nak buat apa-apa. Kalau kite da biasa, InshaaAllah adik ada 15 orang pun kita bole handle. (Tapi adik fira ada 2 je, angah & aqim)

:)

Telekung Lycra

Assalamualaikum.

Sekarang dah jadi trend kan, telekung warna warni ni. Dulu kalau telekung warna lain dari yang lain pun orang dah pandang pelik. sekarang orang dah tak kisah dah.

Ni nak cerita bukan sebab fira jual, tapi fira tolong beli je. Kiranya bukan ready stock la. Macam Pre-Order gitu. Hari tu, kakak ipar fira ada mintak tolong belikan telekung ni sebab ada orang tempah dekat Perak. Fira cakap boleh je. Dah beli banyak, takkan tak nak beli untuk diri sendiri plak kan. 

Memang sedap rupanya pakai telekung lycra ni. Patutla permintaan tinggi. 



Tadaa! comel tak Kak Fira? Mesti la comel. Okay, sila muntah di baldi atau bilik air okay.

Yang tak de getah kat kepala tu officemate fira mintak tolong belikan. Ni sebab tengok Nawal Husna dalam cerita Projek Memikat Suami saluran Astro tu. tapi lawa. nampak macam senang rambut terkeluar kan, tpi sebenarnya tak. Fira cuba pakai, cuba buat style sujud, rukuk semua, tapi rambut tak terkeluar pun. Mungkin sebab rambut fira ni dah terkebelakang je kot. haha.

Tapi jenis ni mahal sikit. Sebab da tak banyak keluar. Kalau nak fira belikan bole, Fira ambil RM60.00 je sepasang. Tapi excluding postage la.

Tapi kalau yang jenis no. 2 plak, cam telekung biasa la. Kain Sejuk jugak. Yang fira pakai tu, fira punye la. warna coklat gelap. Yang ni kalau nak fira belikan fira cuma ambil RM 40.00 sahaja. Still sama macam telekung lagi satu, excluding postage.

Kalau sebut pasal warna plak, fira tak update warna apa, sebabya, kalau fira update, ada 60++ warna yang ada. Nanti kamu-kamu semua confius. Kalau nak tempah dari fira, bole cari warna dari internet, pastu tunjuk kat fira. fira cuba cari untuk kamu. 

Fira buat ringkasan kat sini, 
Telekung jenis 1 : RM60.00 + postage RM6.00 = RM66.00
Telekung jenis 2 : RM40.00 + postage RM6.00 = RM46.00
Warna apa-apa pun bole, fira tolong cari untuk kamu okay.

Kalau rasa nak tempah dari fira, bole wassap 019-464 9540 atau wechat musfirahMK.

Ingat ye, fira bukan berniaga, fira tolong belikan sahaja.

Terima kasih. 

suami vs ibu

Assalamualaikum..

Entry ni da lama taip, cuma ambil masa je nak post. Entry ni bukan untuk menunjuk atau pun meng'aibkan sesiapa, cuma di kongsi untuk panduan bersama. InshaaAllah.

Lama gila tak luahkan isi hati kat sini. Bukan sombong, bukan malas, bukan sibuk. tapi tanggungjawab kepada suami dan keluarga sangat besar.

Tajuk kat atas, nampak macam 'hot' sangat kan? taklah 'hot' mana pun. Cuma hati ni terasa sikit. Bukan terasa sedih ke ape, cuma terasa terharu dengan ibu.

Bila seseorang wanita tu sudah berumahtangga, pastinya syurga bukan di bawah telapak kaki ibunya lagi. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Bagaimana, bila, mengapa, mesti kita dengar cakap suami walaupun kadang-kadang hati kita terluka.

Yes, memang selalu terasa dengan suami. sebabnya kecik je. Sebab selalu balik kampung dia. kampung dia kat perak, tapi rumah family fira kat balakong je. Tapi disebabkan fira ni manja dengan family, selalu terasa yang dia lebih pentingkan family dia.

Pernah sekali mengadu dekat ibu pasal ni, sebab rasa tak tahan sangat hati ni kan.

Tapi, seperti ibu selalu kata, "syurga along kat bawah kaki suami, syurga suami along still dekat bawah tapak kaki mak die. apa-apa pun memang patut dia mendahulukan mama dan family dia". 

Tambah ibu lagi, "macam mana pun, suami along tetap tak halang along nak jumpa ibu dan family kan? cuma suami along je tak sempat nak datang rumah jumpa ibu dan family in law dia".

Ibu cakap lagi, " Selagi along hormat dan patuh cakap suami, selagi tu la along dapat pahala. Along dapat pahala, maknanya dalam masa yang sama pun ibu dapat pahala. Along nak ibu dpat pahala jugak kan?".

Yes ibu, mestilah nak. nanti sama-sama bole masuk syurga. InshaaAllah.

Tapi sekarang fira mungkin dah berubah, sebab tak de rasa terasa-terasa dah. Tapi tipu la kalau cakap tak terasa langsung kan? Ada jugak. Tapi bila terasa, mesti selalu ingat kata-kata ibu. Walaupun jarang jumpa ibu, kata-kata ibu selalu kuatkan semangat along.

Terima Kasih ibu!