words #1.




If our view is correct,
our actions will not be right;

if our thinking is biased,
everything we do will be wrong.

Merisik.


Adat ini juga dipanggil meninjau atau menengok. Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seorang lelaki itu masih belum berpunya. Ini penting, kerana dalam Islam seseorang itu dilarang meminang tunangan orang. Di samping itu, adat ini juga bertujuan untuk menyelidik latar belakang si gadis berkaitan kemahiran rumahtangga, adab sopan, tingkah laku, paras rupa serta pengetahuan agamanya
.

Lazimnya adat ini akan dijalankan oleh saudara mara terdekat pihak lelaki seperti ibu atau bapa saudaranya.

Bagi pihak si gadis pula, terdapat beberapa kriteria yang perlu dipertimbangkan sebelum menerima lamaran pihak lelaki antaranya ialah lelaki tersebut perlulah mempunyai latar belakang agama serta mempunyai pekerjaan yang baik.

Adakalanya semasa merisik, wakil lelaki tersebut akan memberikan sebentuk cincin tanya berupa cincin belah rotan dan jika pihak gadis bersetuju mereka akan menetapkan tarikh untuk peminangan. Walau bagaimanapun adat merisik jarang dilakukan lagi kerana pasangan tersebut telah berkenalan terlebih dahulu, justeru itu mereka akan terus menjalankan adat meminang untuk menjimatkan kos dan masa.

thanks sayang.u & me will be together soon.





ingat comel ke wat muke camtu ha?

:)

i love u.

ikha wedding.




kalau nak tau ikha ni kawan sekolah rendah fira..
memang sangat rapat la mase darjah 5.
tapi darjah 6 die pindah sekolah.
selamat la fb ni ketemu kan kitorang balik.
thanks fb. :)

so,baru2 ni die da menamatkan zaman bujang die.
she so sweet!


ape2 pun tahniah ikha.
moge kekal ke anak cucu cicit and so on..
huhu..xtau pas cicit pe..:)


r.i.n.d.u.s.o.m.e.b.o.d.y




nak tau x rindu kat sape?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
fira rindu kat en.botak!



en.botak, saya tau awak rindu saya jugak kan?
;p

wordless entry. #1


SEDEY

tibe-tibe arini rase sedey. tu dia, pagi-pagi da sedey. macam-macam la fira ni. cube chill sikit pagi-pagi ni. huhu. yes, pagi tadi memang fira sangat happening. suma owang dalam ofis fira sakat. fira memang suka nyakat budak-budak ofis sebab dowang suma melatah. huhu. tu yang fira pun sekali tergolong dalam kategori orang melatah tu.

okay, back to the topic. fira sedey ade banyak sebab :
  • first sebab fira nak balik kl da. fira tinggalkan kawan-kawan fira kat sini. yes, fira mengaku fira lagi ramai kawan kat perak berbanding dekat kl. tu yang fira rase sedey sangat. bagi fira, persahabatan sangat penting. sebab sahabat la paling banyak tolong fira mase fira ade kat ipoh ni. kalau fira da balik kl nanti, sape yang nak tolong fira? fira da la banyak kekurangan. memang la family ade, tapi bukan suma masalah kite, family boley tolong kan? sape setuju angkat tangan. ops, xpayah angkat tangan xnampak pun. :) tapi, papepun, fira tak akan lupekan kawan-kawan fira kat sini. kalau nampak fira kat mane2, tegur je la k. kadang-kadang fira ni berjalan bukan tengok owang. biase la hobby fira kan window shopping, so ofcoz la tengok barang-barang kan? huhu.
  • second plak, nak tinggalkan manager fira. encik Irwan Putra atau panggilan die AYAH. rindu gile kat die. die yang banyak bagi moral support kat fira sepanjang fira keje kat sini. maaf ea ayah, fira terpaksa benti keje. :( ayah jangan risau, fira sentiase doakan ayah semoga ayah lagi kaya dan dapat kembangkan ape yang sepatutnya la. huhu. ceit!
  • third plak, sedey nak tinggalkan mama and babah kat parit. biasenye every 2weeks, fira akan balik sane jenguk dowang. bawak dowang jalan-jalan. sebab dowang da tak larat nak bawak kete. so, fira jela yang bawak dowang and happy kan ati dowang. pasni da tak bole la fira nak jumpe dowang selalu. mesti nanti rindu kat mama, babah, kak long, k-ril ang tisya. uhuk5 :(.
  • n last sekali, fira baru dapat tau yang budak-budak umah sewe (fair park) nak wat bbq malam ni sebab fira last kat sini. nak buat macam farewell party la. terharu sangat2. tengs girl untuk suma ni. fira hargai sangat2. pasni kite snap picture banyak2 k. untuk jadikan kenangan same2.

ok, sekarang fira tak nak sedey2. nanti menangis plak. nak happy je. now nak pegi enjoy dengan kawan2. :)

SORRY.

first of all, fira nak mintak maaf banyak2 to blog fira yang lama da fira tinggalkan. bukan tak nak update, tapi seriusly fira sibuk sangat2 sampaikan keluarga tercinta dan encik jejaka hati terasa dengan fira.

nak tau ape fira buat sekarang? fira keje as executive marketing. wah, hebat tak fira? nama job pun executive. ceit! name je executive, tapi sebenarnye keje fira ni cam direct selling je. kene ke hulu, ke hilir jual barang. dengar macam penat kan? tapi sebenarnya kat dalam company ni, fira banyak belajar mengenai marketing. bukan pasal marketing je, tapi pasal persahabatan dan jugak sifat kekeluargaan dalam company ni. so sape2 nak belajar pasal marketing, boley la masok DNMC INTERNATIONAL SDN. BHD.

happy sangat2 keje kat sini. tapi apekan daya, family fira and encik jejaka hati tak bagi keje kat situ da. alasan nye, tak nak tengok fira penat. tambah2 muka fira da bertambah gelap. asal kawan2 jumpe fira je dowang cakap,

wey, apsal ko makin gelap? jage site ke? so fira pun meng'iya'kan jela.

malas nak soal jawab da kan. tapi gelap2 fira pun, fira tetap comel kan? ok, sila muntah sekarang. huhu. :)

so, kesudahan nye sekarang ni, fira da quit dari keje ni. fira nak fokus cari keje yang betol2 boley menjamin kesejahteraan family fira.

dengan diploma yang fira ade, fira juz nak mintak doa dari suma supaya fira boley dapat keje yang bagus! ok? amin.

juz for today. see you next time! :)

lata kinjang .

2nd JUNE 2001 Encik Rizal ade buat picnic untuk student2 yang die mangajar. so, mule2 memang die rancang nak buat dekat Lata Kinjang, Tapah. tapi disebabkan masa ramai student yang tak ade kereta, so tukar la rancangan ke Ulu Kinta je. sebab Ulu Kinta dekat je dengan kolej kami. lagi satu sebab masa tu Final tak habis lagi. takut terjadi ape2 tengah jalan nanti. pelik kan musim2 final ni la kitorang nak ber'piknik' ? final kali ni memang ade gap cuti seminggu. sebab nye, ade cuti umum pe ntah. kite sebagai student, layankan jela cuti2 ni kn? btol x? tapi bila da bincang2 & mase berkumpul pagi 2 kat padang Polo, ramai plak yang bawak kereta. so, mengikut rancangan asal, kitorang pun pegi la Lata Kinjang. dalam 5 buah kereta yang pergi. so total semua student 20 orang la.

ceit! da macam wat report plak. ;p

sampai2 sane dalam pukul 11 lebih, kitorang cari tempat untuk letak barang & untuk wat barbeque. tu dia, kitorang wat BBQ 2. ok, fira memang tak penah join kawan2 wat BBQ. this is my first time. ok? rase gak la sedikit malu sebab tak penah join kan, cam kera sumbang plak kn. ape2 pun, ade saya kisah? ;p

tengok, lawakan air terjun die.



best gila mandi kat sini. masuk2 kaki je, 1 badan menggigil. nak kate dalam sangat, xdela dalam. nak kate cetek sangat, xde la cetek sangat. suam2 je la. sangat best. tak caye? pegi la sendiri. :)

ni plak, para2 pem'BBQ' kami yang sangat2 pakar dalam bakar2 ni n sangat2 baik hati.(sebab bakar ayam utuk kami..;p)



masakan anda, sangat sedap. pasni boley la masak kan lagi ye..

ni die kami the gang.





(yang pakai baju oren 2 la lecturer kami. encik rizal)

k la, kami da nak balik. bye!

p/s : thanks Acat diatas ganbar mu. ;)

1st JUNE 2011

happy anniversary sayang..
tak sangka hubungan kite da berumur 4 tahun da..
memang tak sangka sangat2!

yes!memang dalam hubungan kite, banyak sangat dugaan & cobaan yang datang..
tapi berkat kesabaran & usaha kite sama2, Alhamdulillah, hubungan kite kekal sampai sekarang..

ayang minta maaf sebab selama ni ayang selalu buat hal..
(biasala..kawan ayang suma cakap ayang ni budak buas!hehe!)
tapi abang always sabar dengan ayang..
yes!ayang memang seorang yang gedik, (tapi dengan abang jela..)
tapi, abang layan je kerenah ayang..
thanks sayang sebab sabar dengan ayang selama ni..:)

anniversary tahun ni, serius sedih sangat.. :(
sebabnye, ayang sambut sorang2 je..
abang rekrut..:(
tapi pape pun sayang, thanks sebab call & bagi mesej kat ayang tadi..
(walaupun dalam keadaan abang curi2 call & mesej..;p)

lastly, ape yang ayang harapkan dalam hubungan kite,
  • semoga hubungan kite kekal sampai hujung mase..
  • semoga kite dapat tempuh segal dugaan & cobaan sama2..
  • semoga kite bahagia selamanye..
ilysm sayang!
imysm sayang!
muah!



kla, tak mau jiwang2 da..
kbye! :)

:(

assalamualaikum w.b.t.

hai! lame tak update blog..
bukan ape, kekasih jantung hati lappy fira masuk wad la..
tibe2 plak dia sakit..
tak tau la nape..
mungkin serangan bakteria or virus kencing tikus yang tengah berleluasa sekarang ni kot..
tapi tak pernah pulak fira bawak mr.lappy ni pegi masuk hutan mane2..
musykil pulak..
ni pun pinjam laptop kawan..
macam sedey gak la..
sebab sebelum ni fira memang tak ade pengalaman lappy rosak ni..
tibe2 da tak bole hidop..
:(
.
.
.
.
tapi tak pela..
mungkin da memang takdi die macam tu kan..
fira kene terima la..


comel gak kan kalau mekap mr.lappy jadi camni..
tapi kalau da mekap camni, da tak bole panggil mr.lappy la..
kene panggil miss lappy the cutest..
:)

okla..mau tidoq..
selamat malam..

selamat hari ibu!

ibu,ibu..
engkaulah ratu hatiku..
bila ku berduka, engkau hiburkan selalu..

ibu, ibu..
engkau lah ratu hati ku..

pada 8Mei2011,
selamat hari ibu diucapkan kepada ibu yang tercinta iaitu
FAUZIAH BINTI MOHAMMED BASIR.

along minta maaf kalau along ade wat pape salah..
maaf jugak sebab tahun ni tak bole nak celebrate sebab along demam..(ye saya demam teruk sangat..)
terima kasih sebab ibu jage along mase along demam aritu..
sampai ibu sanggup hantar along sampai ipoh walaupun esoknye ibu keje pagi..(ibu saye seorang jururawat kalau kamu nak tau..hebatkan?)
jasa ibu akan along ingat sampai bila2..terima kasih ibu..




12 Mei 2011
happy nurses day, mom!

saya suka makan.

wah, lapar-lapar. ape? gi la makan? memang nak makan pun, tapi confirm malam ni pegi makan dengan kawan2 lagi. camne nak kurus kan? so fira tahan je la kan?lagipun boley save budget sikit. huhu.

bila cakap pasal lapar ni, teringat la satu kisah ni. mase tu dengan budak2 sekelas la. hariz, fudhail & beberapa budak kelas lain, tak ingat la. i'm sorry! (ala2 amir dalam maharaja lawak 2) time lunch. kitorang memang selalu pegi lunch same2 kat Kedai Nasi Lemak Rose. betul2 belakang kolej kitorang. kitorang memang pelanggan tetap la, sampai kan belom order air, kak rose da tau kitorang nak minum air pe. mane tak nye, tiap2 hari air same je. cam fira cam biase la, nama pun minat warne pink, confirm la air bandung. sedap giler weyh! walaweh! :) kalau makanan toksah tanya la, confirm2 la nasi lemak. tengok name kedai la. kat ipoh ni rase nye restoran yang ade nasi lemak sedap, kat situ jela. harga pun not too bad la. :)


okok, back to topic, sebelum habis kelas,

hariz tanya la kat fira, "ko nak makan tak?".
fira menjawab dengan selamba, "belom lapar lagi la..".

hariz cam terkejut. mane tak nye, biase nye kalau bab makan memang la fira orang pertama yang cakap nak. kadang2 dowang tak sempat ajak, fira yang cakap nak ikut.

hariz pun cakap la camni, "kalau ko orang pertama nak amik makanan nanti, ciap la ko!".

aku dengan buat muka tak heran nye terus jelir lidah kat die. terserlah lah muke kegeraman dia 2. :D

lepas habis kelas, kitorang pun ramai2 la turun pergi Restoran Nasi Lemak Rose 2. confirm la fira sorang je perempuan. biasa la bunga KEMBANG kan. (kembang = gumuks!) . dalam 10 minit cam tu, kitorang pun sampai, lame kan 10 minit? biasa la, tunggu orang 2, tunggu orang ni, tunggu lif lagi, memang la lame. ;p

seperti biase, sampai je kat kedai, kak rose da tau air yang fira nak minom. then, sambung sembang topik yang hangat sensasi dan terkini tadi. disebabkan fira bosan (and actually terlupa ugutan hariz tadi) terus fira bangun & cakap,

"korang tak mau makan ke?jomla amik nasi."

serta merta 2 jugak la hariz cuit tangan fudhail. dowang suma tengok fira. pergh! malu gila, tadi bangga sangat cakap blom lapar lagi, pastu die pulak orang pertama ajak kawan2 makan. time2 tu jugak la fira terduduk. muka rasa blushing gila time 2.

then, disebabkan malu duduk situ lame2, fira pun bergerak la ke tempat nasi untuk amik nasi. then kawan2 pun ikut dari belakang sambil tersenyum2 kambing. kami baca doa & makan sama2.

moral of the story, jangan nak cakap besar kalau rase tak boleh buat. :)

ni pulak gambar fira mase baru habis makan chicken chop kat ipoh.

cara memotong kuku dalam islam.

salam..

entri kali ini fira nak share ape yang fira tau...

ape?korang dah tau?bia la,,fira baru tau k,then nak share dengan suma orang..

share benda yang baik kan tak salah..betul tak?

okok..back to topic..
potong kuku adalah salah satu penjagaan tubuh badan. kalau kita tak potong kuku, ia akan memudaratkan diri kita sendiri. ini kerana di setiap hujung jari kita, ada banyak kuman yang bergayut. memang la korang tak nampak sebab kuman kan halus sangat2. fira pun tak nampak.
kalau korang nampak confirm korang potong jari2 korang tu. ;p ..so kita kene la selalu potong kuku supaya boleh kurang kan kuman yang bergayut kat hujung jari tu.


lagipun, kita sebagai umat islam tak baik simpan kuku panjang2. dosa simpan kuku untuk 1 jari ibarat bela b*** 1 kandang. tu baru untuk 1 jari. kalau 2,3,10 jari pulak, baynak mana pulak dosa yang kita kene pikul sendiri. cube la bayang kan betapa besarnya dosa simpan kuku tu. da la kita ni amalan tak seberapa sangat, so jangan la tambah dose lagi, betul x?lagipun bila kuku pendek kan nampak lagi kekemasan pada diri kita sendiri.

sebagai umat islam, kita digalakkan potong kuku pada hari isnin, khamis & jumaat.hukumnya adalah sunat.sebelum potong kuku, bacalah doa ni.


da baca doa ni, potong la kuku ikut step jari ni. potong kuku ikut sunnah rasulullah.


betapa Maha Pemurah nye Allah s.w.t sebab dengan paotong kuku je, insyaAllah kita dapat pahala.

subhanallah.

jadi, marilah kita amalkan apa yang patut diamalkan ok?

sekian. :)

UTM SKUDAI

salam.. :)
lama da tak update blog..
maaf ye cik blog, fira makin sibuk la sejak kebelakangan ni...
(sibuk sangat ke?)
sibuk jugak la..sibuk tido,makan n jalan2..:)
yang paling penting baru balik dari UTM KL sebab kena wat lab kat sane..
best gak la lab kali ni... :)

ops,okok..back to main point...
entry kali ni nak cakap pasal lawatan pegi UTM SKUDAI..
sebenarnye pegi UTM ni da lame da...25-27 Mac 2011 lalu...
cume baru gatal tangan nak taip pasal entri ni... :)

okay,pada pendapat fira, pengalaman pegi UTM ni sangat best!
ape sebab nye?sebab nye, bila jejak je kaki kat UTM ni, timbul semangat baru...nak tau tak semangat ape, semangat SAMBUNG BELAJAR ke peringkat DEGREE..

okok, nak bagitau ni, jujur & ikhlas dari diri sendiri, sebelum pegi UTM aritu semangat nak sambung belajar memang tak ade..memang pikir nak terus kerja..tapi bila da sampai & melawat area2 sane, semangat datang melimpah ruah sampai mencurah ke ladang gandum.. :)

cube bayangkan penangan yang UTM kena kan kat fira..tapi penangan yang positif tak pela kan?
tapi nape sampai boleh jadi semangat camtu ea?

sebab nye, situasi belajar kat sane memang sangat berbeza dari tempat yang fira belajar sekarang ni..kemudahan semua nye perfect..ouh,memang la perfect sebab UTM adalah U but ITP is only PRIVATE COLLEGE means hanya francais UTM..so, tak payah la fira compare2 kan lagi pasal kemudahan kan..confirm2 la UTM menang..huhu :)

sampai kat sana banyak juga la tempat yang kami lawat, kebetulan pulak mase kami pergi tu, tengah berlangsung nya pesta konvo..so lagi bertambah meriah la kan..

tengok jela gambar yang fira tayangkan ni, nampak happy je kan fira n kawan2..:)


gambar ni gambar fira & budak2 course fira..
mesti pelik kan nape fira sorang je girl dalam ni, tapi nak buat camne, da nak jadi sekuntum bunga je dalam course 2,kene terima je la kan..:)

ape2 pun, DDB SENIOR 2 2010/2011 is THE BEST la...
betul tak kawan? :)


ni pulak, seekor kumbang je ade.. :)


gambar ni pulak kat DANGA BAY.. :)



kat DEWAN konvo... (lupe la name dewan ni...)

best kan?harap2 kenangan ni masing2 tak lupe kan... :)
fira miss thiz moment sangat2.. :)

okla..sampai cini je... ade mase nanti fira taip2 lagi ea? :)

salam..

Hadiah untuk En.Jejaka Hati

hype!! :)

lama da tak update blog..bukan malas nak update..tapi maklum la da sem last ni, banyak projek da assignment bapak punya banyak..sampaikan tak sempat siapkan on time..lagipun memang saja sibukkan diri..sebab tak nak ingat sangat kat encik jejaka hati..bila da ingat die nanti jangan cakap la dengan fira..confirm2 fira jadi moody..sebabnya sedey + rindu sangat2! :(

tapi takpe..InsyaAllah encik jejaka hati balik perak 28april ni..mintak2 la tak cancel lagi..mintak2 jugak pegawai dia tak tipu die lagi..lagipun dah banyak beli barang untuk dia..daripada bulan lepas lagi..

antaranya,hadiah untuk die..

1) t-shirt couple..

camne bole beli t-shirt couple ni?
hari tu jalan2 dengan atin kat ipoh parade..

fira : atin,akak nak beli hadiah untuk kamil la,ape nak bagi ea?

atin : t-shirt pun ok gak kak..

fira : hmm, t-shirt ape ea?

atin : t-shirt couple lawa..huhu

pastu kitorang pun pegi la cari t-shirt 2,mula2 ade 1 design ni,minat gile..tapi biasa la takde saiz tuk fira..cari punya cari last2 jumpe gak yang lawa..

ni dia t-shirt couple nye..



lebih dekat :-



comel tak??ape?biase je?ok2..sila klik tanda (x) kat atas sebelah kanan k..
pape pun nanti nak pakai t-shirt time pegi jalan same2..mesti comel kan.. :)

2) perfume

perfume ni pun beli masa yang sama beli dengan t-shirt kat atas..


ape?semangat sangat balut camni?sebenarnye kat kedai tu ade buat promotion untuk valentine, tapi ade banyak lagi..sebab tu la bungkusan die camni..

ape lagi?jenama tak kenal...
memang la tak terkenal kat Malaysia..tapi fira nak bagitau bau die sangat sesuai dengan encik jejaka hati..wangi giler..eh,,da la wangi giler plak..abis la giler encik jejaka hati fira nanti..pembetulan : wangi sangat!huhu

ok2..da2..nak ciap nak pegi teman atin pegi hadiah untuk anak buah die.. :)
babai,take care,salam..

FACEBLOG!

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTI FACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMA FACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH.

Edit

MARILAH RAMAI-RAMAI JOIN FACEBLOG NI! :)

kecewa!

nak tau kecewa dengan ape?

dengan..

RESULT SEM 5..

huhu....amat tak berpuas hati dengan result kali ini..
bila da result macam ni, nak study untuk sem6 pun macam tak semangat da..
terasa nak berhenti belajar then cari keje untuk bayar pinjaman MARA ni..
bile dipikir-pikirkan balik, mungkin ni balasan terhadap aku kot..
sebab sem lepas aku banyak main-main..
memang la dalam kelas aku fokus,tapi kalau da tak wat revision, tak ade makne la nak berjaya kan..betul tak?

so kene fokus dalam sem ni..sem 6..
sem 6 ni adalah sem terakhir aku untuk diploma ni...
insyaAllah..
aku arap sangat aku dapat buat yang the BEST untuk sem ni..
biar la aku cipta kenangan terindah untuk sem ni..

MERAH! (cameraholic)

salam 1 Malaysia..

look! anak sape la ni..

mestila anak pakcik Mustapa & makcik Fauziah.. :)



ni la akibatnye bila bosan tunggu orang yang lambat sampai..

harap2 sape makan cili die la terasa pedasnye.. :)

28 JANUARY 2011

  • dah sebulan MY BUCUK kat PD.. :( harap dia sentiasa dalam keadaan yang terbaik.."ILYSM!"
  • sebulan dah berlalu, tinggal 5 bulan lagi..(masa cepat la berlalu..)


  • aku BERJAYA dalam test JPJ! YES!
  • thanks to my family, my beloved boy yang bagi semangat & doakan yang terbaik untuk aku..
  • thanks sangat2 kat cikgu memandu aku (ENCIK AWIE) yang sanggup ajar saya walaupun dia busy & sabar dengan aku yang agak penakut bawa kete :)..
  • thanks juga pada abg jpj sebab baik dengan saya..(mase test, enjin termati,tapi lulus sebab die wat aku terkejut..huhu!)
  • apa2 pun kenangan test jpj adalah kenangan yang agak indah juga sebab dapat ramai kawan & dapat dengar pengalaman kawan2.. :)



sampai sini jela coretan harini..need to go! :)

movie

salam 1Malaysia..

disebabkan malam ni susah sangat nak tidur, terbitlah keinginan nak update blog ni..
entri kali ni nak bercakap pasal movie..
yela disebabkan waktu cuti semester ni sama dengan pelancaran tayangan filem yang tidak henti2, bolehlah aku menghabiskan duit dengan pergi tengok wayang..(sampaikan duit yang save untuk yuran pun terguna jugak..ape lagi terpaksa la mintak duit my parents lagi..maaf ye mummy daddy..terboros la plak cuti2 ni... :))

seperti biasa kalau pergi tengok wayang, biasenye akan pergi dengan my FAMMAL group, tapi kami tak dapat cuti yang sama plak untuk sem ni...so, keluarlah dengan angah..keluar dengan angah ni pun syok juga sebab tak banyak duit kua..huhu..

sebagai orang Malaysia, aku akan sentiasa sokong industri seni Malaysia..
so semua filem yang aku tengok ni, semua filem made from Malaysia.. :)

antara filem yang ditonton oleh aku ialah :

NGANGKUNG
director : Ismail Bob Hashim



KHURAFAT
director : Syamsul Yussof



DAMPING MALAM

director : Ahmad Idham



AKU MASIH DARA

director : Ahmad Idham



pada pendapat aku, filem Malaysia best!!
semua filem2 kat atas ni ade nilai moral yang tersendiri, dan nilai2 tersebut memang sesuai dengan suasana Malaysia..

lastly, nak cakap & ingatkan, bukan untuk orang lain je, aku sekali kene ingat!

sokong la INDUSTRI SENI MALAYSIA!

novel BEST!

salam 1Malaysia..

hari ini nak cerita pasal novel plak..buat pengetahuan kowang, membaca adalah salah satu hobi aku yang tak penah berubah dari dulu..

tapi aku bukan suke baca buku yang berunsurkan pelajaran, buku yang yang aku suke baca ialah NOVEL!

cakap pasal novel ni, mesti setiap pembaca novel ade penulis kegemaran dowang sendiri..

bagi aku pulak,aku suke Siti Rosmizah..

buat mase sekarang ni, aku dah baca semua novel hasil tulisan Siti Rosmizah (tapi ibu punya la.. :) )

ape yang aku suke kat novel by Siti Rosmizah ni ialah, bile kowang da start baca novel ni, air mata kowang mesti akan meleleh...sure punye! tak tipu.. :)

ni novel die yang PERTAMA..



ni novel die yang KEDUA.



ni novel die yang KETIGA.



ape die kowang nk pinjam? kalau aku punye boleh la kowang pinjam..tapi novel22 ni my mummy punye la..tak berani nak bagi pinjam..ape kate kowang beli sendiri..tak mahal sangat pun...tapi kalau bagi kowang mahal, kowang tetap akan rase berbaloi beli novel ni..BETUL!!

SELAMAT MEMBACA!! :)

miss my abg ASKAR!

Ya Allah..
sesungguhnya aku rindu sangat kat die..
berilah aku kekuatan untuk tanggung perasaan rindu ni..
tiada sesiapa pun yang boleh buat rindu aku ni berkurangan..
semakin hari semakin menebal rinduku ini Ya Allah..
sesungguhnya Engkau la Maha Memahami isi hatiku ni sekarang..
:(

buat pengetahuan teman2 sekalian,
die telah pergi untuk 6bulan ni..
(dari januari2011 sampai jun2011)

pada 28 december 2010 yang lepas, die dah berangkat dari IPOH ke PORT DICKSON untuk menjalani latihan askarnye (rekrut) selama 6 bulan..

tapi latihan nya bermula pada 3 januari 2011..
jadi sepanjang tempoh sebelum 3 januari 2011 tu, dia boleh lagi pegang fon..
dalam tempoh 2, die sangat2 la sweet..
OMG, RINDU nye kat die...

tapi pada 2 januari, semua nye menjadi sangat2 la sedey..
lepas rekreasi petang, tepat2 pukul 6.58 ptg, die call aku..

suara die romantik n syahdu sangat..
aku tau die dalam keadaan sedey mase 2...
so aku wat2la suara happy...
aku gurau2 dgn die...
tapi die tau aku sedey...
aku dengar suare die sebak sgt2...
aku tak mampu nak tipu die lagi...
aku pun meleleh jugak akhir nye...

maaf abg, ayg tak dapat tahan air mate ni meleleh lg... :(

then die tamat kan panggilan bile tepat2 7minit 15 saat..
time 2 hanya Allah je yang tau camne ati ni...

after that. kitorang sempat la mesej sekejap sebelum die off phone die...

n the last mesej yang die bagi is :

" Nk 0ff ni,nk g andi n brt0r..kla,ayg take care k,jge dri bek2.mf klu abg ad wt ayg skt ati n mrh ag sblm2 ni..n abg arap kt ayg je tgk mama n bbh kt sne..arap ayg ley tnai kn p'mntaan abg ni..kla.asslamualaikum..=( "

dan mesej ni la yang aku tgk tiap2 mase kalau tibe2 aku teringat kat die... :(

Ya Allah, aku bermohon kepadaMu Ya Allah, kurangkanlah keperitan yang akan dialami oleh die..berikanlah kejayaan kepada die didalam kerjaya askar itu..sesungguhnya Engkau Maha Pengasih dan Maha Memahami..amin..

ni la 'die' yang aku maksudkan..



miss u dear..muah!

no PLKN!

entri kali ni aku nak bercerita tentang adik aku (angah)..

entri yang lepas kan aku ade cerita tentang angah dapat PLKN kan?
sepatutnya 3 januari 2011 die kene daftar kat sane da...

tapi doktor Ramesh (doktor yang merawat die kat hospital serdang) tak bagi die pergi PLKN 2 atas sebab2 tertentu :

  • kesihatan angah tak menentu..
  • angah akan menjalani pembedahan perutnya bulan januari 2011..
pape pun hope dia boleh sembuh nye selepas ni...

amin..

tahun 2011

ahHa..
rase nye tak terlambat lagi nak ucapkan ....





kepada semua rakyat Malaysia..(ape-ape pun kiter mesti kena smangat 1Malaysia kn..? :) )

dan semua manusia di dunia ni... :)

bila cakap pasal tahun baru, mesti ade kaitan dengan azam kan..

so ape azam kowang?

azam aku? xde azam lagi la... :)

hehe! :)