welcome to new world #Daniel Asyraf

Assalamualaikum.

Yeah, happy sangat sebab baru-baru ni, fira dapat anak saudara baru lagi. kakak saudara fira ( kak yana ) bersalin anak kedua dia.

Due melahirkan sepatutnya 4 july 2012, tapi mungkin baby pemalu sangat kot, so dia keluar pada 6 july 2012. 

So, pada ahad yang lepas, kak farah ( adik kepada kak yana ) ajak untuk melawat kak yana kat hospital. baby da boleh keluar, tapi ibunya tak boleh keluar lagi sebab ada masalah kesihatan sikit.

jadi, ahad tu kami keluar la bersama.

bila da keluar, tiba-tiba perut bunyi.

so, kak farah ajak la makan, dia belanja, sebab fira memang tengah kering gila. kami makan pizza.

 so far, pizza kat area jalan ipoh ni, memang sedap. tak sama macam dekat jusco rawang. berbeza sangat ok!

peace. ni la kak farah. dia ni kecik giler tau tak. tapi, kecil-kecil cili padi. betol tak kak?

lepas je makan, kami terus pergi ke hospital.

nampak budak gemuk ni, terus terkam. maka masing-masing keluarkan fon, dan snap gambar banyak-banyak. hehe!









banyakkan? tapi tak adalah banyak sangat. apa-apa pun mama long sayang sangat dekat Daniel Asyraf. :)

sekarang tibe masa pula untuk gambar mama long.


fira pakai shawl ni without a pin. percaya tak? tapi memang agak selekeh la.. hehe!

wasalam.

Best friend #FAMMAL

Assalamualaikum..

kali ni kite bercakap pasal kawan baik pula. fira memang anggap semua kawan baik fira. tak kisah la lelaki atau pun perempuan. tapi kali ini, lepas godek-godek laptop, fira terjumpe pula video ni.

masa ni kami pergi Melaka. pergi majlis perkahwinan kawan sekolah kami dekat sana. lepas tu, kami ambil kesempatan yang ada untuk makan angin dekat Melaka tu. tambah-tambah bila Liyana kawan kami memang dah sangat biasa dengan melaka ni. so, enjoy the video. :)

 

pergh! rindu sangat dengan dorang ni. bila la boleh lepak lagi. tambah-tambah fira dah dekat nak kahwin ni.

minta-mintalah future husband bagi kebenaran untuk lepak dengan FAMMAL lepas kahwin nanti.

amin.

wasalam.

Wedding work. #1

Assalamualaikum..

Hye, hari yang bermakna bagi fira is just around the corner..fuh, sangat nervous..banyak perkara lagi yang fira tak dapat siapkan sepenuhnya lagi..harap-harap. semua akan smooth je barjalan..

sekarang fira nak kongsikan beberapa perkara yang fira buat sendiri. fira pernah la survey dekat kedai mengenai paper bag untuk bagi door gift dekat tetamu. tapi harga dan designnya tak dapat puaskan hati fira. ibu dan ayah fira pun pening dengan fira. yela, harge mahal, tapi design tak menarik dan kualiti sama je. puas juga la mengelilingi Malaysia (tak sampai la 1 Malaysia pusingnya kan..drama tu penting), tapi still tak ada yang berkenan. so,fira ambil keputusan untuk buat paper bag tu sendiri. fira bagitau dekat ibu, dan ibu pun setuju. 


jadi, fira sediakan bahan-bahan dia dulu..

mula-mula, fira cari paper bag yang bungkus waffle tu..tahu kan? macam ni bentuknya. fira tak tahulah nama sebenar paper bag ni apa..hehe


eh, dalam gambar ni ada pula gam UHU muncung,UHU untuk kertas dan gunting.. tapi tak pe la, semua bahan tu amat penting untuk buat paper bag ni, kalau dah habis, kene serta merta pergi beli, kalau tak, satu kerja pun kita tak boleh buat.

then, bahan-bahan lain pula,


ok, ni reben. semua tahu kan reben tu apa? reben ni fira da potong-potongkan ikut saiz yang fira nak. dan warna tema kahwin fira nanti. ikut la saiz apa yang kamu nak.

lepas itu, fira pergi beli crepe paper. tahukan crepe paper tu apa?

 inilah crepe paper, murah je. 60sen je. dalam 1 crepe paper ni, kite boleh dapat dalam 400 bunga atau reben buatan sendiri. macam fira, fira buat reben comel macam ni.

dan reban yang tengah-tengah tu memang dah ada dekat rumah. lebihan buat bunga dada untuk penanggah nanti.

so, bila da tampal-tampal, potong-potong dan lekat-lekatkan ia, jadilah 1 paper bag yang bagi fira awesome.

tapi fira tak adalah gambar paper bag yang dah siap tu, tunggu lepas fira kahwin nanti, fira post lagi k.

tapi buat paper bag ni memang mengambil masa dan sedikit renyah la. tapi sesiapa yang mahu jimat, boleh beli bahan-bahan ni, dan hantar kat fira, fira boleh buatkan. sebab fira memang minat pun buat benda-benda macam ni. :)

sekian, terima kasih.

wasalam.

nak aktif blogging..

Assalamualaikum, 

Fira memang berhasrat nak jadi seorang yang aktif dalam blog, tapi yang menjadi masalah sekarang ni, rumah fira tak ada line internet pun. Tulis blog ni pun fira pergi cc. nak buat macam mana, dah ini je yang termampu fira buat, tapi fira akan taip semua yang ira nak taip kat blog ni, bila ada masa, fira akan pergi cc dan pastekan apa yang fira nak kongsi ok... :) 


 much love from fira.. :)

toink! toink!

Assalamualaikum..

wah, lama sangat fira tak update blog..maaf sangat..

bukan apa, fira dah berhenti kerja bulan Mac lepas, tapi bila dah berhenti, fira ada komitmen lain pulak.

sebenarnya...

fira akan bertukar status..bukan status dalam facebook, tapi status diri..

fira akan bertukar kepada isteri orang dalam masa terdekat ni..

**gambar hiasan sumber google.

nak tahu tarikhnya bila? tunggu nanti fira update lagi.

wasalam.. :)

busy!

selamat pagi semua (nada macam upin n ipin tau)..

pergh! lama gila tak update blog.. sebenarnye, cerita banyak sangat, cume tak ade mase nak update.. maaf la dear blog.. blog akan diupdate lagi bila semua kerja dapat settle.. ok..


sabar itu separuh daripada iman.

betolkan?

assalamualaikum.. :)

Berkelah

Dear diary, ececeh..ber ’dear-dear’ pula..hakhakhak tui!

7 January 2012 hari tu, fira dan keluarga pergi berkelah..bukan berkelah dekat air terjun atau pantai atau pun taman-taman rekreasi, tapi kami berkelah dekat kebun. Sebenarnya bukan kebun besar pun, kebun kecil saja. Tanah yang parents fira baru beli. Jadi, sementara tunggu bajet nak buat rumah, kami buatlah tanaman sikit-sikit. Sekurang-kurangnya dapat la makan hasil tanah sendiri kan? Kami ada tanam pisang, betik, serai, ubi kayu dan macam-macam lagi la. Fira tak berapa tahu pasal pokok-pokok ni. Ulam-ulam fira tahu la. Kalau nak tahu fira ni memang peminat ulam-ulaman.

Back to the story,

Kami sampai dalam pukul 12 lebih. Sampai saja sana, adik fira terus pergi bakar sampah. Ops, bukan saja-saja buat pembakaran terbuka, tapi sebab nak halau nyamuk dan lalat kat sana. Cuba bayangkan, tak sampai 5 minit, badan adik fira dah ada bengkak-bengkak dekat badan dia. Nyamuk gigit. Biasalah, badan semangat macam tu siapa yang tak geram kan? Sedap sangat badan dia. (maaf ea aqim..along gurau saja :) )



Sementara wak moh (pak cik sedara) dan aqim nyalakan api,

fira dan ibu bentang tikar dan keluarkan lauk-lauk untuk makan tengahari. Ibu dah siap masak makanan tu dari rumah, sebab ibu tahu kalau beli makanan tu dekat luar, confirm tak cukup makanan tu. Hehe.



Ni la makanan yang ibu masak. Nampak nyummy sangat! Tapi rasa dia lagi nyummy! Sehingga menjilat pinggan. Hehe.



Gambar bukti makanan ibu sedap, ayah yang kekenyangan tapi nak makan lagi.

Walaupun ibu Cuma masak ikan masin dan nasi pun, tapi sedap sangat. Makanan yang dimasak oleh ibu kita memang tak ada tandingannya, betul tak? Tapi serius fira cakap, makanan ibu fira memang sedap. Kawan-kawan angah pun suka. Sampaikan kalau angah nak balik Unisel, kawan angah minta ibu masakkan untuk mereka. Serius tak tipu.



Ni plak seliper fira, baru beli dah kena bawak pergi kebun.

Sob.. sob.. -.-‘ ni lah akibatnya kalau tak ada kasut yang sesuai pergi kebun. Nanti kalau Encik cinta hatiku boleh keluar nanti nak minta la dari dia. Paw.. paw.. hehe.

Gambar sendiri tak boleh diupload la sebab tak berapa nak sopan. hehe.


Sekian.

Assalamualaikum. :)