Wedding work. #1

Assalamualaikum..

Hye, hari yang bermakna bagi fira is just around the corner..fuh, sangat nervous..banyak perkara lagi yang fira tak dapat siapkan sepenuhnya lagi..harap-harap. semua akan smooth je barjalan..

sekarang fira nak kongsikan beberapa perkara yang fira buat sendiri. fira pernah la survey dekat kedai mengenai paper bag untuk bagi door gift dekat tetamu. tapi harga dan designnya tak dapat puaskan hati fira. ibu dan ayah fira pun pening dengan fira. yela, harge mahal, tapi design tak menarik dan kualiti sama je. puas juga la mengelilingi Malaysia (tak sampai la 1 Malaysia pusingnya kan..drama tu penting), tapi still tak ada yang berkenan. so,fira ambil keputusan untuk buat paper bag tu sendiri. fira bagitau dekat ibu, dan ibu pun setuju. 


jadi, fira sediakan bahan-bahan dia dulu..

mula-mula, fira cari paper bag yang bungkus waffle tu..tahu kan? macam ni bentuknya. fira tak tahulah nama sebenar paper bag ni apa..hehe


eh, dalam gambar ni ada pula gam UHU muncung,UHU untuk kertas dan gunting.. tapi tak pe la, semua bahan tu amat penting untuk buat paper bag ni, kalau dah habis, kene serta merta pergi beli, kalau tak, satu kerja pun kita tak boleh buat.

then, bahan-bahan lain pula,


ok, ni reben. semua tahu kan reben tu apa? reben ni fira da potong-potongkan ikut saiz yang fira nak. dan warna tema kahwin fira nanti. ikut la saiz apa yang kamu nak.

lepas itu, fira pergi beli crepe paper. tahukan crepe paper tu apa?

 inilah crepe paper, murah je. 60sen je. dalam 1 crepe paper ni, kite boleh dapat dalam 400 bunga atau reben buatan sendiri. macam fira, fira buat reben comel macam ni.

dan reban yang tengah-tengah tu memang dah ada dekat rumah. lebihan buat bunga dada untuk penanggah nanti.

so, bila da tampal-tampal, potong-potong dan lekat-lekatkan ia, jadilah 1 paper bag yang bagi fira awesome.

tapi fira tak adalah gambar paper bag yang dah siap tu, tunggu lepas fira kahwin nanti, fira post lagi k.

tapi buat paper bag ni memang mengambil masa dan sedikit renyah la. tapi sesiapa yang mahu jimat, boleh beli bahan-bahan ni, dan hantar kat fira, fira boleh buatkan. sebab fira memang minat pun buat benda-benda macam ni. :)

sekian, terima kasih.

wasalam.

0 komen sayang:

Post a Comment