Mandi Wajib

Assalamualaikum.

Lama tak update. hehe.


Sejak kebelakangan ni, ramai yang tanya fira macam mana mandi wajib & mandi junub. Tambah-tambah adik-adik muda la. Yang pertama kali datang period, dan yang nak kahwin. :) Tahniah!


Fira ni bukan la pandai nak ajar or cakap pasal agama pun. cuma fira bagitahu ape yang fira tahu. Tapi fira ada buat research, so fira nak kongsi sama-sama. :)



best kan kalau dapat shower camni kat rumah. comel & smart je. :)

Mandi wajib sangat wajib dipandang serius kerana ini bukanlah sesuatu perkara yang remeh. Mandi wajib yang sah sering menjadi persoalan dalam kalangan umat Islam terutama remaja yang baru baligh, perempuan yang datang haid, lelaki yang keluar air mani, wanita yang keluar darah nifas, suami isteri yang bersetubuh (jimak) dan sebagainya. Semua orang mesti akan mandi wajib. tak kira peempuan atau lelaki.


Setiap umat islam mestilah tahu mandi wajib yang betul dan semestinya SAH. Walaupun kita sudah belajar mengenai mandi wajib ini tetapi ada kalanya kita masih was-was sama ada betul ke tidak mandi wajib yang kita lakukan. Macam fira la. Masa belajar, tanya macam-macam. Bila nak praktikkan, rasa was-was. Normal ke macam tu ye? Semoga apa yang fira kongsikan inidapat memberi manfaat kepada kita semua. ok? 

Kenapa perlu mandi wajib?

  • Bertemu dia khitan atau bersetubuh (masuknya zakar sehingga terbenam kepalanya ke dalam faraj).
  • Keluar mani walaupun sedikit.
  • Mati melainkan mati syahid.
  • Keluar haid bagi perempuan.
  • Keluar nifas (darah yang keluar mengiringi bayi ketika perempuan bersalin).
  • Wiladah atau melahirkan anak.  

Apa Rukun Mandi Wajib? (mesti dilakukan ketika mahu mandi wajib)
  • Niat 
  • Menghilangkan najis di badan sama ada yang jelas (‘ayni) atau tidak jelas (hukmi)
  • Menyampaikan air ke seluruh anggota badan dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki.
Apa jenis niat mandi Wajib?
  1. Keluar mani atau keluar haid dan nifas 
  • “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala”. 
  • “Sahaja aku mandi daripada haid kerana Allah Taala”.  
     2. Mandi disebabkan bersetubuh antara suami dan isteri
  • “Sahaja aku mandi junub kerana Allah Taala”.
     3. Mandi disebabkan keluarnya darah nifas
  • “Sahaja aku mandi daripada nifas kerana Allah Taala”.

Apa niat dalam Bahasa Arab?
 





Adakah perkara sunat dalam mandi wajib? Apakah perkara tersebut?
  • mengadap kiblat
  • membaca basmalah
  • membasuh dua tapak tangan
  • mengambil wuduk terlebih dahulu sebelum mandi
  • menggosok seluruh anggota badan dengan tangan
  • berturut-turut (muwalat) tanpa putus-putus
  • tertib dengan mendahulukan perkara yang perlu didahulukan
  • membasuh sebanyak tiga kali

Apakah cara-cara mandi wajib? , mengikut turutan
  • Bersihkan tubuh dan hilangkan kotoran dan perkara-perkara yang boleh menghalangkan air sampai ke anggota badan semasa mandi hadas selepas ini. Contoh, plaster luka ke, pewarna kuku ke, mesti tanggalkan okay!
  • Setelah selesai mandi biasa, di sunatkan mengambil wuduk dahulu sehingga membasuh telinga sahaja dan tidak perlu membasuh kaki lagi. basuhan kaki akan dilakukan akhir mandi nanti. Perkara ini tidak dilakukan pun tidak mengapa kerana ia merupakan perkara sunat sahaja.
  • Duduk bertinggung (atau mencangkung) bagi yang berkemampuan. Ini bertujuan untuk membuka semua anggota yang zahir dan mudah untuk mengalirkan air ke kawasan-kawasan sulit tersebut seperti qubul atau dubur. Kalau berdiri pun tidak menjadi masalah, yang paling penting ialah air dapat sampai kepada semua bahagian anggota badan.
  • Niat mesti bersama air mencecah kulit badan. Tidak bolah dahulukan niat tanpa air atau setelah mandi baru berniat. (Lihat dalam bahagian Fardhu Mandi di atas). Bagi sesiapa yang tidak pandai dalam bahasa arab boleh dalam bahasa melayu. Islam mudah kan?
  • Sunat memulakan mandian disebelah kanan dahulu dan seterusnya disebelah kiri.
  • Mulakan mandi wajib dengan mengalirkan air mutlak di salah satu anggota badan dan disertakan dengan niat mandi hadas sepertimana dinyatakan di bahagian fardhu mandi.
  • Gosok atau sapu di semua anggota badan yang zahir iaitu dirambut, kepala, telingga, hidung, mata, mulut, tengkok, ketiak, tangan, jari, kuku, badan, pusat, qubul, dubur, kaki, pelipat-pelipat kaki dan tangan, kuku kaki, jari kaki dan sebagainya. Ini bertujuan untuk menyampaikan air di seluruh anggota badan.
Akhir sekali basuh kaki sebagai penyudahnya, kerana semasa mengambil wuduk tadi kita tidak membasuh kaki.

Ni pun fira google. :)
Wallahualam. 


Mandi wajib ini perlu dipandang serius kerana ini bukanlah sesuatu perkara yang patut dipandang remeh. Mandi wajib yang sah sering menjadi persoalan dalam kalangan umat Islam terutama remaja yang baru baligh, perempuan yang datang haid, lelaki yang keluar air mani, wanita yang keluar darah nifas, suami isteri yang bersetubuh (jimak) dan sebagainya - See more at: http://adibsite.blogspot.com/2013/02/cara-mandi-wajib-atau-junub-yang-sah.html#sthash.qSNatbWi.dpuf
Mandi wajib ini perlu dipandang serius kerana ini bukanlah sesuatu perkara yang patut dipandang remeh. Mandi wajib yang sah sering menjadi persoalan dalam kalangan umat Islam terutama remaja yang baru baligh, perempuan yang datang haid, lelaki yang keluar air mani, wanita yang keluar darah nifas, suami isteri yang bersetubuh (jimak) dan sebagainya.

Mandi wajib yang betul perlu tahu bagi setiap umat Islam. Walaupun kita sudah belajar mengenai mandi wajib ini tetapi ada kalanya kita masih was-was sama ada betul ke tidak mandi wajib yang kita lakukan. Semoga perkongsian ini memberi seribu manfaat kepada anda - See more at: http://adibsite.blogspot.com/2013/02/cara-mandi-wajib-atau-junub-yang-sah.html#sthash.qSNatbWi.dpuf


Mandi wajib ini perlu dipandang serius kerana ini bukanlah sesuatu perkara yang patut dipandang remeh. Mandi wajib yang sah sering menjadi persoalan dalam kalangan umat Islam terutama remaja yang baru baligh, perempuan yang datang haid, lelaki yang keluar air mani, wanita yang keluar darah nifas, suami isteri yang bersetubuh (jimak) dan sebagainya.

Mandi wajib yang betul perlu tahu bagi setiap umat Islam. Walaupun kita sudah belajar mengenai mandi wajib ini tetapi ada kalanya kita masih was-was sama ada betul ke tidak mandi wajib yang kita lakukan. Semoga perkongsian ini memberi seribu manfaat kepada anda - See more at: http://adibsite.blogspot.com/2013/02/cara-mandi-wajib-atau-junub-yang-sah.html#sthash.qSNatbWi.dpuf