ME & YOU

Assalamualaikum.


Rindu punya pasal, entry hari ni masok gambar je. Gambar ni masa kenduri kahwin belah fira. Tengok, siap buat peace lagi. mak cik siap tegur, pengantin ni asyik buat peace je. Biasanya, dalam family fira, pengantin semua sopan-sopan, fira je lain dari lain. Well, mak cik, saya tak reti nak jadi orang lain. Saya lebih selesa jadi diri sendiri. Maaf mak cik. :)

Pemilihan tarikh nikah.

Assalamualaikum.

Entry kali ini, fira nak kongsikan bagaimana fira pilih tarikh kahwin dan masa kahwin fira. Mungkin ada yang cakap tak penting tapi bago fira, tarikh nikah adalah sangat penting. Kerana kalau boleh perkahwinan tu sekali seumur hidup dan senang diingat oleh siapa-siapa sahaja.

Ok, 

Kenapa fira dan suami pilih 31 Ogos 2012?

Cerita dia macam ini, masa tu bakal suami fira Tanya, nak tarikh nikah bila? Fira cakap fira tak nak cuti sekolah macam bulan Jun atau Disember. Sebab fira tau mesti banyak kenduri masa tu. Fira kalau boleh nak kumpulkan saudara mara fira semuanya. Kami semua dah jarang berjumpa kerana kesibukkan masing-masing. Fira masa tu rindu sangat kat saudara mara fira. Dulu kami rapat, sekarang dah jarang dengar berita. Tarikh 31 Ogos la semuanya dapat berkumpul sebab public holiday (bukan cuti panjang). Alhamdulillah, mak dan bapa saudara fira semuanya datang. Tiada siapa pun yang terkecuali. Mood masa tu memang sangat-sangat bersyukur dapat temukan saudara yang jauh. :)

Bakal suami fira Tanya, “habis tu nak tarikh bila, cuba specific kan.” Fira cakap la dengan bakal suami fira, “kalau boleh fira nak 31 ogos. Tak kisah la tahun bila”. Memang itu tarikh yang fira nak dari zaman fira berangan-rangan nak kahwin dulu. Alasannya, ibu dan ayah fira pun nikah tarikh yang sama. 31 OGOS 1989. Bakal suami fira pun cakap la, “kalau macam tu, 31 OGOS la”. Fira pun okay kan je. Tapi lepas tu fira Tanya kat bakal suami fira, “tahun ni ke tahun depan?” Dia cakap “tahun ni la”. Memang terkejut sangat la kan. Semua benda tak prepare lagi. Masa bakal suami fira bagitahu tu bulan hujung bulan February. Cuba bayang kan fira cuma ada masa 5 bulan saja untuk buat persediaan. Tapi fira bersyukur sangat-sangat sebab semuanya dapat diselesaikan dengan mudah. Dan kebetulan pula, 31 OGOS 2012 jatuh pada hari jumaat, memang terbaik la tarikh tu.

Dan yang sangat istimewanya tarikh 31 Ogos ni ialah, jeng..jeng..jeng..
Birthday bakal suami fira 28 ogos 1990, Birthday fira pula 04 September 1990. Ha, Cuma beza seminggu je birthday kami..hehe..alhamdulillah jodoh la tu kot. :)   Jadi 31 ogos tu kan kat tengah-tengah tarikh birthday kami, so takde la bakal suami fira ni lupa tarikh dia nikah. Biasalah, laki biasa susah sikit nak ingat tarikh-tarikh penting ni kan? So dengan tarikh ni takde la dia lupa anniversary dia nanti..insyaAllah.. :)

Tapi setiap kelebihan pasti ada kekurangan kan. Fira tahu tu. Kemungkinan besar fira akan sambut ulang tahun perkahwinan kami sorang-sorang sebab suami fira akan berkawad hari tu. Hari Kemerdekaan Negara kan. Nak buat macam mana, Bakal Isteri askar, kene la kuat kan. Yela tu, padahal cengeng gila.



Tarikh dah tetap, sekarang pilihan untuk masa pula. Fira Tanya ibu fira, nak nikah masa bile ye ibu? Ibu fira cakap “kalau along nak ikut ibu dulu, ibu buat lepas zohor (lepas solat jumaat la)”. Fira tak confirm kan lagi, fira Tanya pak cik fira sebab dia pandai dalam tarikh dan masa dalam bulan islam ni. Fira Tanya la pendapat dia macam mana. Pak cik fira bagitahu, “lebih baik buat lepas zohor daripada buat lepas isyak. Sebab lepas zohor masih lagi hari Jumaat kalau ikut calendar islam. Kalau lepas isyak, dah masuk hari sabtu. Kan lebih afdhal buat hari Jumaat kan? Penghulu segala hari”.


*picture from google

Fira tahu walaupun fira bukan la seorang yang sempurna dalam islam, tp fira cuba dan buat pilihan terbaik ikut islam. insyaAllah, dengan berkat yang diberikan oleh-Nya, fira akan bahagia selamanya hingga ke syurga. InsyaAllah.

fuh! fuh!

Assalamualaikum.

*picture from google

Sangat berhabuk kan blog ni. fuh! fuh! tiup kuat-kuat bagi habuk hilang tapi jangan lupa pakai mask bagi siapa-siapa yang alah kepada habuk okay. nanti sakit, siapa susah, fira jugak. Tapi kalau sakit, jangan lupa banyakkan minum air masak yang di tapis okay. Dengan cuaca yang tak menentu sekarang, macam-macam penyakit boleh datang. Jadi, TOLONG JAGA KESIHATAN KORANG OKAY?!

Okay-okay, sekarang fira ada macam-macam nak update.

Dari bujang kepada isteri orang. Dari suri rumah kepada orang makan gaji. Dan dari kecik to besar. (=

So, tunggu kan update dari fira okay!