Kehidupan Selepas Kahwin

Assalamualaikum..

Kali ni fira nak kongsi kehidupan fira lepas kahwin ni. Tambah-tambah siapa yang akan berkahwin dengan askar. yes, askar, atau pun tentera, or army. 

" Rela Berkorban Demi Negara "

Pernah dengan kan cogan kata ni. bila dah mendirikan rumah tangga dengan askar ni, kita sebagai isteri pun kene pegang cogan kata tu. Yes, masa mula-mula fira kahwin, fira ingat apa yang mak ira, mak mertua ira & biras ira cakap tu tak seserius yang fira sangka. Tapi bila dah kahwin, baru tau. Hati kena kuat.

Nak dijadikan cerita, selepas kenduri belah lelaki ( 8 september 2012 ), fira dengan suami balik la kl, sampai je mak fira, suami fira kena balik kem dia untuk seminggu tak boleh balik rumah. Sebabnya perkahwinan kami tak publish lagi ( memang peraturan). Tapi suami ira ada jugak curi-curi balik.hehe. rindu fira la tu. ( perasan tahap nak kene penampor ) tapi siang la, sebab kalau malam, senang detect. Ok, takpe la kalau dah macam tu. Makna nye semua newlywed askar memang macam tu.

Selepas seminggu tu, suami fira ada masa duduk kat rumah untuk 2 minggu je. Lepas tu, suami fira kena pergi operasi dekat Sabah. Masa tu kes Lahad Datu baru nak mula. Tau tak berapa lama suami fira kena pergi sana? bukan seminggu, bukan 2 minggu, tapi 3 Bulan. Owh, memang hati down gila la. selamat fira duduk dengan ibu fira sendiri. kalau tak tiap-tiap malam memang mandi air air mata la. =(

Dalam masa 3 bulan tu, macam-macam fira buat sendiri. Kemas rumah baru, pindah barang ke rumah baru, semua sendiri la. Tapi Alhamdullilah, dalam 3 bulan tu jugak fira dapat kerja. Syukur sangat. Atleast fira takde la bosan jadi suri rumah tangga dan  menghabiskan duit mak bapak dan suami. Tapi apa-apa yang terjadi selepas kahwin ni, fira bersyukur sangat sebab Allah bagi fira kesempatan untuk fira belajar berdikari berdiri di atas kaki sendiri. Tak mengharapkan pertolongan orang lain, cuma minta tunjuk ajar tu ada la kot. =) Alhamdullilah.

Tapi dalam masa yang sama fira menangis jugak. Sebab fira ni tak suka bagitahu orang lain tentang perasaan fira. Fira lebih selesa menangis sendiri. Fira tak nak menunjukkan perempuan lemah. Fira ni tengok luaran je macam selalu happy, tapi sebenarnya dalam hati hanya Allah je yang tau.

Terima Kasih Ya Allah kerana menenangkan ku sepanjang hidupku. 


*pic dari google

xoxo,

2 comments:

  1. hehe.. owh.. anggota BAKAT la nih.. welcome tu da club... hehe... biasa lah kna tggl tu... tpi sy dulu mmg suami bwa trus msuk kuarters je sbb dlm cuti dia wat publish... so, xde lah kantoi... hehe... g pun awl2 dia mohon kuaters kelamin... tapi tu dulu lah... kini dah x dok kuarters dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke.. hehe..saya baru je join BAKAT ni..tu la asik kene tinggal je.. :)

      Delete